Monday, November 9, 2009

Apa ada di dalam freezer?



Penuh dah peti ais. Rasa nak tukar peti ais yang sebesar2nya. Hahhaha. Akibat tak keluar rumah, si suami telah menge'stok' kan ayam, ikan, daging, etc utk bininya memasak di rumah. Yelah.. kang kebulur plak bini kan. Hari ini saya plan nak masak sup ikan haruan. Petang nanti saya masaklah. Siang hari saya dah makan nasi dan lauk ikan yang di masak oleh Mama saya semalam. Esok.. hmmmm.. mau masak apa yer? Ayam masak halia ok kot kan.. then hari Rabu saya akan masak daging plak. Saya kena makan.. sbb saya menyusukan anak. Kalau tak makan, kang takde susu. Sian Emran...

Yelah... akibat saya yang kuat makan, saya dah start buat stok susu plak. Susu yang di freezer boleh tahan selama 4 bulan. Lagipun saya pump awal sebenarnya bukan apa.. susu banyak sangat. Sakit jadinya. Jadi saya lebih rela pump. Emran tak suka flow yg sangat laju sbb dia akan batuk dan tersedak. Yelah.. kecik lagi. Belum pandai control. So, saya akan pump dulu dan kemudian baru bf dia.

Saturday, November 7, 2009

Kisah kami..


Firman
Lagi 2 minggu habislah sekolah tadika dia. Walaupun dekat nak cuti, banyak gak aktiviti dia di sekolah. Minggu nie Atok dan Opah ada kat KL, so Atok diala yang ambik dan hantar. Seronok la dia. Tahun depan sudah darjah 1. Ntah la cemana nanti.

Sejak dapat adik, nampak dia mmg responsibility. Dia dah bleh diharap sketla. Contohnya kalau suruh buat itu ini, dia dah boleh diharapla tanpa banyak songeh. Firman memanggil adik dia IMRAN bukan EMRAN sbb dia lah yang mengusulkan nama tersebut kepada Papa dia. Tapi sejak semalam, saya dah boleh dengar dia memanggil "M-RAN".

Ryan
Budak yang putus kasih. Hahhaha. Selalunya sebelum tidur, dia akan dipeluk oleh saya ataupun papa dia. Dia mmg tidur akan peluk saya. Sejak ada adik, dia nampaknya berubah jadi manja yang amat hebat. Semua nak suruh Mama. Mama manalah larat. Kalau tak dapat Mama, dia akan nangis sepuas2nya.

Dia ngan adik dia ok. Dia sayang adik dia. Janganlah ada orang kata nak ambik adik dia. Sure dia akan marah. Kalau dekat ngan adik dia, dia akan jadi geram mcm nak cubit2 je adik dia. So saya kena tengok2 takut dia gomol2 teruk sangat.

Emran
Hari nie baru 8 hari. Kejap saje dah seminggu. Badannya masih kecil lagi. Kuat nangis dan berjaga malam. Kalau siang hari mmg tidur lena. Tapi bila malam, siapla nangis nak susu. So, mmg saya akan alert la kalau dia macam gelisah atau nangis.

Muka dia banyak mirip Papa dia tapi hidung dia hhmmm.. ada batang hidung sket la. Dia tak secerah Ryan. Saya rasa beso esok mmg kulit dia lebih kurang Firman saje.

Awal2 1-3 hari, dia terpaksa menerima susu formula. Saya beli kat dia S-26. Ini kes susu saya belum keluo. Tapi saya relax je. Tak kisahlah susu formula pun sbb saya taknak dia lapo. Kalau saya tension plak nanti, susu pun tak keluo kan. So far dia ok je. Budak lelaki..mmg kuat minum susu.

Masa umur dia 5 hari, ada appointment utk check Jaundice dia. Doktor kata kebarangkalian utk dapat Jaundice mungkin ada sbb darah baby ngan ibu berlainan. Alhamdulillah, doktor kata boleh hilang dgn syarat keep breastfeed baby. So, tak yah ambik darah tapi tu dia.. kena bayo RM75. Kalau pi klinik kerajaan kat Tepen free saje. Tak kisahla.. janji anak saya sihat.

Saya
Kisah saya plak. Saya ok saje. Sihat alhamdulillah. Lepas bersalin 3 hari, saya dah mula berurut. Best makcik yang mengurut saya nie. RM200 dan siap datang rumah sekali. Then dia tungku dan bengkung saya juga. Saya dapat rasa sihat sket lepas 3 hari tu. Then susu badan pun dah banyak. Saya juga dah start pump. Okla dapat la 2-3 oz.

Berat saya skrang 55kg. Harap2 lepas habis pantang berat saya dapat la jadi 50kg. Kali nie saya memasang cita2 tinggi utk kurus dgn jayanya. Yang penting baju2 kurung saya dan jeans saya semua bleh pakai. Hahaha. Tapi saya target utk mendapat berat ideal dalam 45 - 48kg. Boleh ker? huhu.

Saya akan balik ke Taiping dan berpantang di sana lepas habis Firman sekolah.

Papa
He is the happiest man in the world. Saya nampak sangat dia happy dan sangat supportive sejak akhir2 saya mengandung dan tatkala hari saya nak beranak. Udahla malam sebelum tuh lepas main golf, cermin kereta baru dia kena pecah. Oklah barang dia takde hilang kecuali beg baju kawan dia. Then subuh tu plak saya dah sakit2 nak ke hospital. Nasib baikla ada MYvi. So, dalam kepenatan dan ketensionan bekerja semua dia tetap bersemangat membawa saya ke hospital. Yelah, air ketuban dah pecah kan. Surela kena bawa saya ke hospital cepat. Dah la pagi tuh hujan.. fuuhhh..

The best thing pada hari itu, dia bersemangat membeli bunga kepada saya. Terharu sangat sbb itulah 1st bunga yang saya dapat sejak saya kahwin.. hahahha. Keesokkan harinya pada hari Isnin, bersemangat dia pi register nama anak dia kat JPN Putrajaya lepas dia pasang semula cermin tingkap kereta baru dia. Surat beranak pun dah cantik skrang.

Ok.. itu saje kisah saya buat masa ini. Saya mmg tak sempat sangat nak menulis kes sangat sibuk uruskan anak2. Next week bila parents saya takde di rumah, kenalah saya start buat semua sendiri tapi Firman dan Ryan akan hantar ke rumah bbsitter masing2.

Thursday, November 5, 2009

I'm 32 today


I have nothing to request or dream for my birthday today.
THEY really make me happy and complete me.

Ohh no.. I'm 32 already wooo..
Posted by Picasa

Adik Firman


Sama tak?
Mereka memang banyak persamaan masa baby.
Kulit sama..
Berat pun lebih kurang sama.
Darah sama - B+.
Features sama...
Yang lain... Hidung saje. Kata Atok.. mcm hidung Atok.
Posted by Picasa

Sunday, November 1, 2009

Muhammad Emran

Tanda bersalin: Pecah air ketuban pd pukul 3am tp laluan tak buka lg. Direct ke hospital ( KPJ Selangor Specialist Hospital previously known as Selangor Medical Center, Shah Alam) pd pkl 4am after hot shower and sebiji telur kg and madu. Ke labour room pd pkl 4:30am. Nurse check, taik dah keluar with air ketuban. Takut bb lemas. Alhamdulillah, after check bb ok and jantung semua ok. Pukul 7:00am, br bkk 2-3cm. Doktor baru sampai. 10am baru 4cm. Baca semua ayat al-quran yg ingat esp surah nabi yunus & ayat kursi. Pkl 1pm br 5cm. Contraction sakit yg maha hebat sampai takut/fobia nak rasa contraction. Doktor siap pi makan dan assume lg 3 jam. Tiba-tiba pkl 1:50pm, terasa mcm nak berak. Sakitnya Allah saje yg tahu. No epidural even I wish to have it. Prepare for labour... Takut tapi belasah je and tak dpt fikir apa2, janji baby keluar. 3 attempts with the strong courage by my beloved husband. Push lagi.. Tarik nafas.. Hembus. Adeh.. Teknik pun salah kata Hif tp belasah janji teran. 2:06pm, alhamdulillah baby keluar. Lega dan nikmat. Baby terus letak atas dada. ALHAMDULILLAH sampai tak terkata. Nampak taik2 lekat kat bb. Sian dia. Tp sihat. 3kg & 49cm. Sama besar mcm Firman & Ryan. The 3 .. an. Emran. Thanks pada semua yg wish saya melalui Email, sms and FB. Oh ye, bb Emran obviously banyak muka Papa dia. Masa dalam perut lg saya dah dpt rasa, dia bakal rupa Abg Firman.. Kalau Firman, papa dia la.
Blog Widget by LinkWithin